Apr
15

Untuk makluman tuan/puan, Penyenggaraan peralatan ICT di sekolah-sekolah KPM telah dilaksanakan oleh pihak Syarikat RHL Engineering Sdn Bhd (RHL) bagi negeri PerlisPulau PinangPerak dan Melaka manakala oleh pihak Syarikat Kaypi Technologies Sdn Bhd (KAYPI) bagi negeri SelangorWP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Kaypi Technologies Sdn Bhd.

a.      Tempoh kontrak adalah selama satu (1) tahun berkuatkuasa dari tarikh 12 Julai 2010 sehingga 11 Julai 2011;

b.      Tawaran ini adalah bagi zon  Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya;

c.       Anggaran nilai kontrak yang telah dipersetujui adalah berjumlah RM 9,145,904.94 (Ringgit Malaysia : Sembilan Juta, Satu Ratus Empat Puluh Lima Ribu, Sembilan Ratus Empat dan Sen Sembilan Puluh Empat sahaja)

RHL Engineering Sdn.Bhd.

a.     Tempoh kontrak adalah selama lima(5) tahun berkuatkuasa dari 12 Julai 2010 sehingga 11 Julai 2015;

b.     Tawaran ini adalah bagi zon Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Melaka;

c.     Anggaran nilai kontrak yang telah dipersetujui adalah berjumlah RM41,872,800.00 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Satu Juta, Lapan Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu, Lapan Ratus sahaja). Nilai kontrak setahun adalah RM8,374,560.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Juta, Tiga  Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu, Lima Ratus Enam Puluh Sahaja)

3.         Sehubungan itu, satu Mesyuarat Penyelarasan pada 24 September 2010, Mesyuarat Penyelarasan dan Penyemakan Dokumen Kontrak pada 28 & 29 Septembar 2010 serta Bengkel Penyelarasan dan Penyemakan Dokumen Permohonan Pesanan Tempatan (LO) dan Permohonan Pembayaran telah diadakan di BTP. Mesyuarat berkenaan telah memutuskan beberapa perkara yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat pengurusan BTP. Antara cadangan keputusan tersebut adalah seperti berikut:-

3.1   Dokumen kontrak akan dimurnikan oleh BTP, BPPA, BPM dan BKew sebelum ditandatangani oleh pihak syarikat.

3.2   Syarikat dikehendaki memastikan dokumen adalah lengkap beserta dengan tandatangan dan cop rasmi sebelum dihantar untuk permohonan LO dan permohonan pembayaran. Pihak BTPN/PKG boleh membuat semakan dan pengesahan terhadap kesahihan dokumen yang disediakan oleh pihak syarikat.

3.3   Pihak syarikat TIDAK BOLEH melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan sebelum LO dikeluarkan.

3.4   Pihak syarikat dikehendaki membuat pembetulan terhadap kerja-kerja yang tidak mematuhi tatacara penyenggaraan seperti di dalam kontrak.

3.5   Syarikat dikehendaki menyediakan jadual pelaksanaan penyenggaraan dan diserahkan kepada BTP, BTPN dan PKG.

3.6   Pihak syarikat hendaklah melaksanakan penyenggaraan terhadap semua peralatan ICT seperti yang terkandung di dalam kontrak. Sebarang PENGGANTIAN BARU terhadap peralatan ICT dalam bentuk set yang baru adalah TIDAK DIBENARKAN. Tatacara penyenggaraan peralatan ICT seperti di dalam kontrak hendaklah dipatuhi oleh pihak syarikat.

3.7   Peralatan seperti monitor, mouse, keyboard, speaker, AVR dan sebagainya yang termasuk di dalam set komputer peribadi (seperti di dalam kad DHM) adalah dikategorikan sebagai aksesori, pihak syarikat boleh mengganti terus aksesori tersebut dengan yang baru.

3.8   Peralatan seperti switch, printer dan projector LCD yang didaftarkan sebagai harta modal (mempunyai kad DHM) TIDAK BOLEH diganti dengan  peralatan yang baru tetapi hendaklah dibuat penyenggaraan. Sekiranya peralatan tersebut tidak boleh disenggara, pihak syarikat dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa penyenggaraan terhadap peralatan tersebut. Perkara berkaitan peralatan yang didaftar sebagai DHM ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat teknikal BTP bersama BPPA dan BPM sebelum dimajukan kepada pihak yang berwajib seperti MOF dan MAMPU.

3.9   Beberapa komponen seperti bateri CMOS, Processor dan aksesori seperti AVR, UPS, Media Converter, Network Cable dan sebagainya yang tiada di dalam dokumen Surat Setuju Terima (SST) akan dimasukkan ke dalam dokumen kontrak.

3.10         Peralatan yang dikategorikan sebagai BER (kos pemulihan yang sama atau lebih dari 60% nilai kos peralatan gantian yang setara) atau hampir-hampir BER boleh dicadangkan untuk pelupusan.

3.11         Pihak sekolah dinasihatkan supaya tidak menandatangani LO sekiranya terdapat keraguan terhadap penyenggaraan yang dibuat oleh syarikat atau tidak mematuhi spesifikasi di dalam kontrak.

3.12         Pihak syarikat dikehendaki menyerahkan salinan dokumen lengkap penyenggaraan peralatan ICT kepada pihak sekolah dan BTPN.

3.13         BTPN/PKG akan sentiasa membuat pemantauan ke sekolah di negeri masing-masing seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah KPM Secara Rundingan Terus.

3.14         Prestasi syarikat akan dinilai dari semasa ke semasa.

4.         Untuk sebarang urusan dan maklum balas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Pegawai ICT di BTPN Negeri masing-masing. Diharapkan penyenggaraan peralatan ICT dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi seperti di dalam kontrak perjanjian dan dapat membantu sekolah-sekolah ke arah pendidikan yang cemerlang.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.

Oct
01
Filed Under (BERITA) by on 01-10-2010

Untuk makluman tuan/puan pengisian SPPICTS adalah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Tuan/puan tidak perlu memberitahu kepada sekolah untuk mengisi SPPICTS kali ke 3 tersebut.

Segala kusulitan amatlah dikesali.

Sekian terima kasih.

Sep
27
Filed Under (BERITA) by on 27-09-2010

SPPICTS Kutipan Ketiga

Kutipan data ketiga bagi SPPICTS bermula dari 19 Sept 2010 sehingga 8 Okt 2010. Semua medan diwajibkan menjawab kecuali Pusat Akses dan Perkongsian Pintar hanya melibatkan sekolah yang telah ditetapkan sahaja.

http://ssqs.moe.edu.my

Sep
08
Filed Under (BERITA) by on 08-09-2010

Salam,
Kami Warga PKG Kampar ingin mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlajak kata, terguris rasa dan terlanjur perbuatan kepada semua sahabat di PKG seluruh negeri Perak,warga BTPN Perak dan warga pendidik.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua semoga lebaran ini membawa keberkatan dan kemakmuran sepanjang hayat.

Sekian dari Kami Warga PKG Kampar.

Klik disini untuk mengikuti Salam Sinar Syawal Pkg Kampar.

Sep
06
Filed Under (BERITA) by on 06-09-2010

Gambar Raya Ramai2

Aug
24
Filed Under (BERITA) by on 24-08-2010

Pkg Kampar telah membuat pemantauan pengisian data SSQS secara online dan didapati terdapat sekolah yang masih belum menjawab bilangan responden.Pihak kami berharap sekolah dapat memenuhi bilangan responden di sekolah sebelum 30 Ogos 2010.Pihak Pkg telah membuat laporan mengenai pengisian data tersebut.Pihak sekolah boleh download untuk mengetahui status terkini pengisian data SSQS.

Klik untuk download

Aug
18
Filed Under (BERITA) by on 18-08-2010
Aug
18

Pada 6 Ogos 2010 Pkg Kampar telah menerima kunjungan dari Pkg Kinta Utara yang diwakili oleh PTP serta Ft.Kunjungan ini bertujuan melihat persekitaran pkg kampar serta berkongsi bahan maklumat untuk Pkg.Pkg kampar mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah di Pkg Kampar diharap aktiviti dapat diteruskan dimasa akan datang.

1

Aug
18
Filed Under (BERITA) by on 18-08-2010

Pusat Kegiatan Guru Kampar telah mengadakan taklimat kepada semua guru GPB kelompok pkg kampar pada 4-5 Ogos 2010.Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan serta memberi khidmat bantu mengenai pengisian data SSQS yang telah berjalan 19 Julai 2010 yang lalu.Disamping itu juga Pkg kampar juga memberi taklimat memgenai penyenggaraan komputer yang telah dijalankan pada 2 Ogos yang lalu.Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Juruteknik Komputer Pkg yang telah diadakan selama 2 hari.Pihak Pkg mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah kerana telah memberi kerjasama dengan baik.Pihak Pkg harap sekolah dapat mengambil tindakan terhadap taklimat yang telah diberikan.Sekian terima kasih.

IMG_1413

IMG_1403

IMG_1408

IMG_1410